Pages

churp churp.com

Sunday, June 3, 2012

cepat ....

Tips Pertama
30-60 minit sebelum melakukan hubungan intim pastikan anda buang air kecil dahulu dan bersihkan alat kelamin anda sebersihnya.

TIps Kedua
Setelah selesai melakukan seks jangan banyak bergerak atau bangun.sebaiknya terus tidur atau baring dalam masa 30-60 minit untuk memberi ruang kepada sperma untuk berenang ke dalam faraj dan mencari telur ovari.

Tips Ketiga
Jangan sekali-kali membersihkan faraj anda setelah selesai melakukan hubungan intim bersama suami anda.

Tips Keempat
Lakukan persetubuhan pada hari yang subur(biasanya hari ke 14)sekurang-kurangnya 5 kali..=)

Tips Kelima
Sebelum ejakulasi pastikan zakar suami betul-betul keras dan masukkan kedalam faraj sedalam yang mugkin dan pancutlah air mani dengan laju.

Tips Keenam
Gunakan teknik  dimana ianya memerlukan kedua kaki wanita kengkang keatas dan masukkan zakar yang betul-betul tegang keras padu dan mantap terus kefaraj dari arah depan. 

Tips Ketujuh
cuba teknik  dengan menggunakan lapik bantal dibawah punggung perempuan.tujuannya bagi memudahkan zakar masuk sedalam-dalamnya ke dalam faraj.teknik puteri saadong juga merupakan teknik yang hampir sama dengan teknik che siti wan kembang.teknik ini telah memberikan peratusan yang tinggi untuk wanita hamil.jadi anda juga boleh mencuba teknik ini.

Tips Kelapan
petua cepat hamil seterusnya ialah apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit.apabila zakar anda sudah kecut barulah anda tarik keluar.

SEMUA PETUA DAN CARA CEPAT HAMIL YANG DIPAPARKAN MELALUI BLOG INI HANYA MENCAKUPI TIPS ASAS CARA CEPAT HAMIL YANG BOLEH ANDA PRAKTIKKAN SEBAGAI PERMULAAN. NAMUN UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG LEBIH PANTAS DAN BERKESAN ANDA PERLU MENDAPATKAN PANDUAN LENGKAP CARA CEPAT HAMIL DALAM BENTUK E-BOOK YANG PASTI AKAN MEMUASKAN HATI ANDA.JIKA ANDA MAHUKAN MAKLUMAT PANDUAN MUDAH HAMIL YANG LENGKAP, PADAT DAN TERKINI DALAM BAHASA MALAYSIA, DAPATKAN EBOOK PANDUAN LENGKAP CEPAT HAMIL DI LAMAN WEB DI BAWAH. KLIK DISNI

Tuesday, January 3, 2012

diet dalam islam

Diet Mngikut Sunnah Rasulullah SAW

Assalamualaikum korg..

Oke, dlm entry nie aq nak kongsi sedikit ilmu dgn korg.. Mungkin da ada yg taw, tapi tak pa laa.. Aq nak kongsi utk sesapa yg tak taw.. Apa info yg aq nak bagi tue ?? Oke, mcm nie..

Rupa
²nya tanpa kita sedar, dlm makanan yg kita makan sehari², kita tak boleh main balun jaa.. Sebab tue la terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain² penyakit yg berkaitan apabila kita dah tua nanti.. Apabila korg da taw mengenai perkara nie, aq mohon tolonglah sebarkan kpd org yg korg kenal dan ada sangkut paut dgn hidup korg sehari²..




Ini pun adalah diet Rasulullah SAW kita juga.. Ustaz Abdullah Mahmood berkata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana baginda pandai menjaga pemakanannya sehari².. Apa kata kita ikut diet nie.. Tak payahlah susah² makan pil sebab nak kurus.. Insyaallah kalau kita ikut diet Rasullullah ini, gerenti kita takkan sakit perut atau keracunan makanan..

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

* JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

* TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

* JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM. SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN
BERGANDA.

- Nampak memanglah pelik.. Tapi, kalau tak percaya.. Korg cubalaa................................. Kesannya tue tak nampak la dlm masa terdekat nie, nnti bila kita da tua baru nampak kesannya.. Dlm kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dgn makanan laut.. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu.. Ini dikuatiri akan cepat mendapat penyakit.. Ini terbukti oleh saintis yg menjumpai dimana dlm badan ayam mengandungi ion(+ve) manakala dlm ikan mengandungi ion(-ve), jika dlm suapan ayam bercampur dgn ikan maka terjadi tindak balas biokimia yg terhasil yg boleh merosakkan usus kita..

- Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt :

* Mandi Pagi sebelum subuh atau sekurang²nya sejam sebelum matahari naik.. Air sejuk yg meresap ke dlm badan boleh mengurangkan lemak yg mengumpul.. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakannya tidak gemuk..

* Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit)..

* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
²nya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yg membuat kajian kenapa dlm sehari perlu kita sujud.. Ahli² sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dlm saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah.. Dgn bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan..

* Nabi juga mengajar kita makan dgn tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme byk terkandung di celah
² jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dlm air liur.. ('Enzyme' sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

p/s: Sama
²lah kita mengamalkannya..

"Sabda Nabi SAW, Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan, insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali pahala kepadanya.."

Tuesday, August 23, 2011

INGIN TAHU ....: Berikut adalah lokasi speedtrap yang akan dijalankan oleh pihak PDRM (Trafik) di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri

INGIN TAHU ....: Berikut adalah lokasi speedtrap yang akan dijalankan oleh pihak PDRM (Trafik) di seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri

Haruan dapat menyembuh penyakit


Haruan dapat penyembuh penyakit

Ikan Haruan.


Haruan - Ikan air tawar jenis karnivor ini, juga spesies asli hutan hujan tropika, boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Profesor Abdul Manan Mat Jais dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ikan berkenaan dalam kategori ‘Order of Channiformes,’ ‘Family Channidae’ dan ‘Genus Channa’ dan yang sedang dikajinya ialah ‘Channa Striatus.’

Beliau berkata, terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung.

Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Profesor Abdul Manan berkata, keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanya sekitar satu kilogram.

Beliau memulakan penyelidikan ke atas haruan pada 1985 dan ketika itu terkejut apabila mendapati ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.

“Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60 hingga 70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut,” katanya.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Profesor Abdul Manan berkata, kandungan asid arakidonik yang tinggi dianggap luar biasa dan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah hasil penemuan yang amat menarik.

“Asid arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula,” katanya.

Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin, satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.

Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

“Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka,” katanya.

“Penemuan kami menunjukkan haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.

Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.

Penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.

Beliau berkata, lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.

Profesor Abdul Manan berkata, penemuan itu memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu.

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "da88dbdde035539619b8bf7fcb2c00d7";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->

Tuesday, June 14, 2011

fitnes pada bahagian perut


kembalikan kegemilangan bentuk perut anda.

1) CRUNCHES ON BALL - bahagian atas badan berada diatas bola. tangan dilekapkan ke dada dan kaki mencecah lantai. Angkat bahagian atas badan dalam keadaan mengak seketika. ketika ini, bahagian abdomen akan mengeras semulajadi
2) LEG ON BALL - baring di atas lantai dengan badan bahagian bawah dari paras pinggang diletakkan di atas bola. tangan masih di dada. angkat bahagian atas secara perlahan-lahan dan beri tumpuan pada otot perut
3) PLANK ON THE MAT - meniarap dalam keadaan badan lurus dan angkat sedikit badan dengan siku menampung badan. kaki diluruskan. angkat badan perlaha-lahan dengan lengan, siku dan jai jemari kaki sebagai penahan
4) SIDE PLANK ON MAT - dalam kedudukan mengiring disebelah bahagian. kaki dirapatkan di kedua-dua belah. dengan sebelah tangan menampung badan dan angkat badan perlahan-lahan.
5) SIDE CRUNCHES - dalam keadaan baring dan kedua belah tangan dilekapkan di bahagian kepala. sebelah kaki diletakkan di atas sebelah kaki yang dibengkokkan. angkat bahagian atas badan perlahan-lahan tanpa menggerakkan kaki.
6) FROG CRUNCHES - kedua belah kaki dibengkokkan dan ditekapkan bahagian tapak kaki antara satu sama lain. kedua belah tangan disilangkan di bahagian dada. angkat bahagian atas badan perlahan-lahan.
7) SIDE LEG RAISE - berbaring secara mengiring dengan kedudukan sebelah kaki dibengkokkan dari paras lutut dan sebelah lagi kaki diluruskan. angkat kaki yang lurus perlaha-lahan hingga sudut 45 degree.
8) AIR BIKE - berbaring tapi dengan keadaan bahagian atas badan diangkat sedikit dalam sudut 30 degree. bengkokkan kedua belah kaki dan dilekapkan ke lantai. angkat sedikit bahagian kaki dalam keadaan bengkok dan kayuh perlahan-lahan
9) LEG PRAISE - berbaring dengan kesemua bahagian badan lurus tegak. angkat bahagian bawah badan dari paras pinggang secara perlahan-lahan sehingga kaki lurus dia atas.
10) REVERSE CRUNCH - berbaring tetapi bahagian bawah badan diangkatkan sedikit dengan kedua belah kaki dibengkokkan. tolak bahagian lutut ke paras dada serapat yang mungkin tanpa mengangkat bahagian pinggul.





diperoleh daripada:
http://mietos.blogspot.com/2010/04/senaman-3b-buncit-boroi-boyot.html#ixzz1ObNnBsMu

Monday, June 6, 2011

KEBAIKAN DAN KHASIAT BUAH













Ketahui khasiat sebenar makanan wajib bantu ubati, hindari penyakit

BUAH-BUAHAN memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang sangat baik untuk tubuh. Khasiat buah-buahan diletakkan pada aras dua Piramid Makanan bersama sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan mengikut jumlah hidangan mencukupi dapat memastikan tubuh badan dan otak kita menerima semua nutrien mencukupi bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik. Malangnya, berapa ramai antara kita tahu kelebihan sebenar khasiat buah-buahan kecuali vitamin C yang sudah terlalu kerap dikaitkan dengan buah-buahan tertentu seperti oren dan epal. Bagaimana pula dengan aspek lain buah-buahan seperti khasiatnya membantu mengurangkan penyakit?

Pakar Diet Klinikal, Pusat Perubahan Gaya Hidup, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing menjelaskan, kajian menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dikatakan boleh mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.

“Pada 2005, 17.5 juta orang mati akibat penyakit kardiovaskular iaitu 30 peratus daripada jumlah kematian global. Pemakanan yang baik adalah pendekatan terbaik untuk mencegah penyakit dan penjagaan kesihatan.

“Nutrien adalah khasiat yang mesti kita peroleh daripada makanan. Khasiat pemakanan ini adalah penting untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan sepanjang hayat,” katanya.
Lebih menarik lagi, hasil penyelidikan mengenai manfaat buah-buahan kepada kesihatan turut dikongsi pada kempen kemasyarakatan, Kesihatan Itu Kekayaan anjuran MBG Fruitshop di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Antara fakta menarik yang dikongsi termasuk, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak.

Khasiat buah-buahan:


•Anggur/kismis
Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.


•Buah oren
Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.


•Buah Epal
Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.


•Buah pear
Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.


•Pisang kaki
Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.



•Mangga
Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.


•Kiwi
Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.



•Pisang
Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.


FAKTA-FAKTA KESIHATAN BERITA HARIAN

bahaya pil kurus







PENDEDAHAN akhbar ini minggu lalu mengenai tindakan Kementerian Kesihatan menyenaraihitamkan 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia beracun termasuk dadah steroid daripada pasaran kerana boleh memudaratkan nyawa pengguna, sememangnya menakutkan.

Namun, lebih menakutkan apabila ‘amaran’ bahaya pengambilan ubat sedemikian tidak diendahkan ramai demi mendapatkan tubuh langsing dan menawan tanpa mempedulikan kesan sampingan. Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu diraih dalam tempoh singkat. Justeru jika ada jurujual yang mendakwa pil pelangsingnya boleh membantu anda kurus dalam tempoh singkat, janganlah anda mudah percaya. Kurus bukan boleh dicapai dalam tempoh tiga atau empat bulan dengan hanya bergantung kepada pil pelangsing. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet yang terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah diberi dengan kebenaran doktor bertauliah. Dalam kebanyakan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandung bahan kimia seperti phentermine, amphetamine, sibutramin, fenfluramine yang diakui boleh mengurangkan berat badan tetapi memberi kesan sampingan seperti kemurungan, psikosis dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sakit kepala. Malah ia turut menyebabkan denyutan jantung yang cepat dan meningkatkan tekanan darah.

Ubat-ubat pelangsing selalunya tidak diklasifikasikan sebagai ubat (drug) sebaliknya sebagai makanan tambahan menyebabkan ia tidak tertakluk dalam akta yang sama dengan ubat-ubatan yang diprekripsi doktor. Justeru, dengan mudah ia boleh dijual tanpa testimoni dan bukti klinikal dan ini seharusnya menjadikan anda lebih berhati-hati.

Ada sesetengah ubat kurus keluaran jenama antarabangsa mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan Pihak Pentadbir Ubat-Ubatan Persekutuan Amerika Syarikat (FDA), tetapi ubat sebegini pun lazimnya hanya diberi menerusi prekripsi atau kebenaran doktor. Lazimnya, ubat sedemikian diberi doktor kepada mereka yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 30 dan individu itu berisiko menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

Pembelian ubat kurus melalui ejen jualan langsung pula terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira sejarah perubatan atau keperluan dan harganya pula mencecah beratus-ratus ringgit. Lebih teruk, si jurujual juga tiada kepakaran dan pengetahuan dalam bidang perubatan.
Perkara paling mudah, jika anda menjadi gemuk pun dalam tempoh dua atau tiga tahun bukankah tidak logik untuk anda kurus dalam masa tiga bulan?
Pakar Bedah Umum dan Laparoskopik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam, Dr Lukman Abdul Rashid berkata secara umumnya mereka yang perlu menurunkan berat badan adalah golongan yang memiliki BMI melebihi 25. Menurunkan berat badan juga katanya bukan hanya atas sebab kosmetik tetapi juga bagi mengurangkan risiko penyakit.

“Ada ubat pelangsing di pasaran yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan kualitinya terjamin, bagaimanapun kita tidak boleh kurus dengan hanya ubat pelangsing. Mereka yang menjalani prosedur pembedahan untuk menurunkan berat badan pun perlu kerap bersenam dan menjaga pemakanan untuk kekal langsing. Paling penting, kurus bukan hanya untuk kelihatan cantik tetapi juga untuk sihat,” katanya.

Jelas Dr Lukman, ada empat jenis kategori ubat kurus iaitu ubat yang bertindak untuk mengurangkan lemak, ubat yang menambah kadar metabolisme pengguna, ubat yang bertindak menyekat selera makan dan ubat yang berfungsi mengurangkan penyerapan makanan.

Setiap satunya mempunyai tindak balas yang berbeza. Misalnya, ubat yang menyekat selera makan menyebabkan berat badan turun dengan pantas kerana tidak makan manakala sementara ada ubat yang menyebabkan anda berulang alik ke tandas. Bagaimanapun, ubat yang bertindak dalam masa yang cepat dan tidak pula mendapat kelulusan kerajaan berkemungkinan bertindak terhadap organ dalaman menyebabkannya rosak.

“Kebanyakan kita tentu masih ingat kes seorang pelakon Singapura yang rosak hatinya hingga memerlukan pemindahan hati gara-gara mengambil ubat pelangsing. Malah ada juga kes di negara kita yang menyaksikan pengambilan ubat kurus tanpa prekripsi doktor akhirnya menyebabkan kematian. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk kurus” katanya.

Jelas Dr Lukman bagi mereka yang melebihi BMI ideal atau obes tahap 1, senaman dan penjagaan pemakanan adalah cara terbaik. Bagaimanapun bagi mereka yang sudah berhadapan dengan masalah morbid obesiti iaitu tahap obes yang terlampau, penjagaan makanan dan senaman bukan lagi langkah terbaik untuk menurunkan berat badan.

“Sebaliknya golongan ini memerlukan pembedahan, iaitu prosedur intragastrik balloon (pembedahan yang memasukkan belon silikon dalam perut anda sekali gus mengurangkan jumlah makanan yang anda ambil). Ia teknik pembedahan bersifat sementara dan belon perlu dikeluarkan dalam masa enam bulan selepas pembedahan.”

Dalam prosedur ini, belon yang dibuat daripada silikon lembut akan
dimasukkan ke dalam perut melalui mulut berpandukan kamera endoskopik.
Sementara satu lagi kaedah disebut sebagai ‘gastrik banding’ atau dikenal juga sebagai prosedur mengikat perut. Prosedur pembedahan ini membabitkan gegelung silikon penyekat diletakkan di sekeliling perut untuk membentuk perut seperti punjut kecil. Bahagian yang dijerut dengan silikon menyebabkan laluan atas perut itu sempit. Ini membuatkan pesakit berasa kenyang walaupun pengambilan makanan dihadkan.

“Bagi wanita lepas bersalin pula, jangan terlalu gelojoh untuk kurus. Proses hamil itu sendiri memang menyebabkan berat badan bertambah namun secara umumnya, selepas bersalin berat badan akan turun dengan sendirinya. Andai kata berat badan tidak berkurangan, anda perlu nilai kembali cara hidup anda. Mungkin sebelum ini, anda aktif bersenam tetapi komitmen terhadap anak kecil atau kerja menyebabkan anda tiada masa bersenam,”

Bagi wanita begini, Dr Lukman berkata, sepatutnya mereka mulakan langkah mengambil pemakanan seimbang selain memperuntukkan masa untuk bersenam. Proses untuk menurunkan berat badan mungkin lebih lama tetapi ia dapat menghindarkan komplikasi kesihatan berbanding pengambilan ubat pelangsing.

Secara idealnya, kombinasi diet rendah kalori, senaman yang kerap dan ubat kurus ‘halal’ atau dibenarkan, anda akan berupaya menurunkan berat antara lima ke 10 peratus daripada berat badan anda dalam masa setahun. Ia adalah kadar tipikal untuk mana-mana usaha menguruskan berat badan yang ideal.

“Mungkin anda melihatnya sebagai jumlah yang kecil tetapi peratusan sekecil itu sudah boleh membantu anda menurunkan kadar lipid, menurunkan kadar glukos dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin,” katanya.



fakta dari

sihat - berita harian