Pages

churp churp.com

Tuesday, April 12, 2011

10 Tip Kesihatan Yg Boleh Di ikuti Semua

10 Tip Kesihatan Yg Boleh Di ikuti Semua


1.Minum banyak air
Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air

berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan

minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan,

menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

Senang bukan?.


2. Bersenam !
Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar

rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas

bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan

kembali peredaran darah.



3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan

kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan

badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit,

jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org

lebih nak sihat, kan???



4.Tidur yg cukup
Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu

malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda

kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5.CuCI Muka
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai
sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap

melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat

rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.



6. Makan yang mencukupi
Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela

berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti

sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan

badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan

bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.



7.Relax
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci

rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah!

Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan

melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg

wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai

energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8.Dengar muzik
Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah

muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.



9.yakin pada diri
Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda

akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu

penampilan kita pun cantik!


10. gembira
Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn

famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda

hanya menambahkan kedutan di muka.







1 comment: