Pages

churp churp.com

Tuesday, August 23, 2011

Haruan dapat menyembuh penyakit


Haruan dapat penyembuh penyakit

Ikan Haruan.


Haruan - Ikan air tawar jenis karnivor ini, juga spesies asli hutan hujan tropika, boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau ini. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan ikan toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Profesor Abdul Manan Mat Jais dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, ikan berkenaan dalam kategori ‘Order of Channiformes,’ ‘Family Channidae’ dan ‘Genus Channa’ dan yang sedang dikajinya ialah ‘Channa Striatus.’

Beliau berkata, terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung.

Toman, bujuk dan haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Profesor Abdul Manan berkata, keunikan haruan dewasa ialah ia menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh.

Ikan haruan boleh hidup dalam air bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur.

Bagaimanapun, kebiasaannya haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Terdapat laporan menyebut pemancing pernah menangkap haruan bersaiz besar tetapi kebiasaannya berat ikan itu hanya sekitar satu kilogram.

Beliau memulakan penyelidikan ke atas haruan pada 1985 dan ketika itu terkejut apabila mendapati ikan itu tidak dimasukkan dalam senarai ikan utama Jabatan Perikanan.

“Apa yang saya dapati daripada penyelidikan itu ialah ikan haruan satu sumber protein yang baik, iaitu kira-kira 60 hingga 70 peratus. Ia mengandungi lemak yang rendah, hanya kira-kira 20 peratus daripada beratnya berbanding ikan air tawar lain serta daging, kambing, ayam dan makanan laut,” katanya.

Haruan mengandungi sejumlah besar vitamin A. Kehadiran logam berat seperti kalsium, magnesium, tembaga, besi, mangan, nikel, plumbum dan zink juga lebih rendah daripada paras toksik yang dibenarkan untuk badan manusia.

Profesor Abdul Manan berkata, kandungan asid arakidonik yang tinggi dianggap luar biasa dan ketiadaan eikosapentaenoikasid dalam haruan adalah hasil penemuan yang amat menarik.

“Asid arakidonik adalah petanda bagi prostaglandin. Ia memulakan proses darah menjadi beku dan bertanggungjawab untuk pertumbuhan semula,” katanya.

Haruan juga mengandungi asid amino yang penting untuk menyembuhkan luka terutama glisin, satu daripada komponen penting kolagen dalam kulit manusia.

Glisin merangkumi asid aspartik dan glutamik akan membentuk molekul protein yang penting untuk pertumbuhan semula dan penyembuhan.

“Oleh itu, ikan haruan mengandungi semua keperluan asas biokimia untuk penyembuhan luka,” katanya.

“Penemuan kami menunjukkan haruan bukan sahaja menggalakkan penyembuhan luka, malahan mengurangkan sakit selepas pembedahan,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan ujian kekangan perut, pati haruan didapati bertindak sebagai pautan-pekat bagi menghalang tindakan gerak balas.

Lebih menarik lagi, pati haruan dapat meningkatkan keberkesanan morfin.

Penemuan itu memberi platform saintifik kepada rakyat Malaysia yang memakan ikan haruan untuk satu tempoh masa selepas pembedahan dapat menghindarkan kesakitan dan penyembuhan luka.

Beliau berkata, lendir ikan haruan mengandungi asid oleik dan linolik tak tepu iaitu komponen utama lipid sepenuhnya, dan kandungan kedua-dua asid ini didapati lebih tinggi dalam telur ikan. Telur segar haruan mempunyai jumlah asid arakidonik yang lebih tinggi.

Profesor Abdul Manan berkata, penemuan itu memberi kemungkinan peluang untuk mendapatkan jumlah optimum asid lemak yang diperlukan untuk menyembuh luka dari bahagian lain ikan haruan tanpa perlu mengorbankan ikan itu.

<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "da88dbdde035539619b8bf7fcb2c00d7";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/j.js"></script>
<!-- nuffnang-->

No comments:

Post a Comment